Thursday, 30 March 2017

SEBAB AMALAN GOTONG-ROYONG

Semangat gotong royong didorong oleh:


  •         Hidup sendiri melainkan hidup bersama dengan orang lain atau lingkungan sosial;
  •         Pada dasarnya manusia itu bergantung pada manusia lainnya;
  •         Manusia perlu menjaga hubungan baik dengan sesamanya; dan
  •         Manusia perlu menyesuaikan dirinya dengan anggota masyarakat yang lain

KESIMPULAN


     Akhir sekali, jika amalan ini diamalkan dalam masyarakat sudah pasti tahap perpaduan akan meningkat dengan begitu ketara kerana semua ahli dalam sesebuah masyarakat itu saling kenal mengenali antara mereka. Kekerapan mereka berjumpa ketika melakukan sesuatu aktiviti menyebabkan mereka saling memahami akan kerenah masing-masing yang mengukuhkan perpaduan antara mereka dalam jangka masa panjang. Jelaslah, amalan yang sudah lama diamalkan ini berupaya untuk menghidupkan semua semangat perpaduan antara kaum di negara ini yang mula dilupakan oleh penduduknya.
Kalau tahap perpaduan begitu tinggi sudah pasti keamanan negara akan berkekalan kerana semua ahlinya memahami satu sama lain dengan mendalam. Keamanan negara yang stabil ini amat penting untuk memudahkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan tanpa adanya sebarang gangguan yang menguggat kelancaran projek tersebut. Semua pihak akan menerima kesan positif daripada keamanan yang wujud ini terutama perkembangan bidang ekonomi yang pastinya amat memerlukan keamanan yang sejati. Sesungguhnya, amalan gotong-royong menjadikan negara ini aman dan membolehkan semua pihak menikmati kemakmuran ekonominya.
     Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Tak percaya? Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".
     Amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak . Dengan mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dengan secara tidak langsung. Bak kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai penutup wacana, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Kesimpulannya, amalan yang murni ini harus digalakkan terutama dalam kalangan remaja yang semakin hari semakin melupakannya. Sikap mengutamakan diri dan kebendaan telah mengaburi remaja akan pentingnya amalan ini dihidupkan semula dengan segera. Konsep individualistik yang begitu kuat diamalkan di negara barat dan kini melimpah ke negara kita harus dikaji dengan teliti supaya konsep ini tidak mengikis amalan bergotong-royong ini. Hidup dalam masyarakat lebih bermakna daripada hidup bersendirian.

RUJUKAN



http://cikgutancl.blogspot.my/2009/10/karangan-cemerlang-pelajar-tahap-spm.html
http://gotong-royongafkii.blogspot.my/2016/08/amalan-gotong-royong-dapat-mewujudkan.html
http://drghazali.blogspot.my/2010/11/karangan-semangat-gotong-royong.html

LAMPIRAN



Membersihkan kawasan perumahan


Amalan berpindah rumah 




 Amalan rewang atau bergotong-royong kenduri-kendara



Muafakat membawa berkat