Thursday 30 March 2017

PENGENALAN

     Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti gotong-royong kerap juga diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Bak kata perpatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” itulah kata-kata yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum yang pelbagai di Malaysia. Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasam dan saling tolong menolong antara satu sama lain dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.

     Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan bergotong–royong kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong–royong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

     Namun begitu, amalan ini kian dilupakan oleh generasi muda yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan.Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong . Tepuk dadam tanya selera; berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk membersihkan untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian, kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.


     Aktiviti gotong-royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan materialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong,jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama dapat menjalankan aktiviti yang sama.

No comments:

Post a Comment