Thursday 30 March 2017

KEPENTIGAN AMALAN GOTONG-ROYONG

     Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berfaedah bagi merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan,longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang kuat dalam diri setiap masyarakat berbilang kaum. Gotong royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong royong yang sebenarmya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

     Bak kata pepatah melayu, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Demikian juga tentang kerja gotong royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggungbelanja perubat kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu.
Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjumatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan megambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan perumahan atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan bersama, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.

      Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sesebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak-ansur dan kejiranan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap keprihatinan dalam masyarakat.
Dalam hal saling gotong-royong dan tolong menolong pada konteks yang ma’ruf sesuai ayat sebelumnya, Nabi Muhammad S.W.T  juga menyatakan pentingnya gotong-royong untuk membangun kekuatan kaum muslimin dan menegakkan kemuliaan agama Islam pada suatu daerah. Sebab Islam merupakan ajaran penuh dengan kebaikan. Sentiasa mengajarkan berfikir positif dan berusaha untuk berlaku baik terhadap sesama manusia lainnya. Sehingga, tepatlah wasiat Nabi Muhammad S.W.


     ”Barangsiapa yang membebaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskannya dari satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan akhirat. Barangsiapa memberikan kemudahan kepada orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan dia di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya” (HR. Muslim)

No comments:

Post a Comment